Kita serupa.....

Seringkali kita diuji dan diduga Allah s.w.t dengan musibah dan nikmat. Kita sentiasa lupa pencipta tatkala dilimpahi nikmat dan tangisan demi tangisan sentiasa berteman bilamana musibah menimpa diri. Bagi ana harapnya dijauhkan daripada segala musibah namun ana masih dalam delima kerana dengan musibah sahaja amal ana bertambah, bertahjud dengan kesanggupan tinggi dan berdoa sehingga mencurah-curah air mata. Semuanya betulangkan jalan mencari sinar yang mampu memberi kebahagiaan.


Kita manusia seringkali mendamba rasa mulia dari manusia sehingga meninggalkan darjat untuk menjadi mulia disisi All s.w.t. Maka itu, manusia seringkali menangis bila memikirkan aib mereka bakal diketahui orang, ego mereka bakal jatuh menyembah bumi dan hormat menjadi batu terpelanting ke muka sendiri. Apabila ditarik segala seri kebaikan ini, manusia baru tersentak memikirkan pencipta.

Ana jelik melihat sesetengan golongan berada bilamana berjumpa hanya membincangkan emas,intan,mutiara, UK, US dan sebagainya. Pinjaman Allah ini hanya sekadar masa menanti pergi. Mengapa perlu bermegah dengan perkara bukan milik mutlak kita. Ana pernah pergi ke sebuah rumah pengarah di suatu hospital terkemuka di Malaysia kerana anaknya bersekolah di sekolah yang sama ketita usia ana menjengah untuk menduduki UPSR. Melihat ibunya dan tetamu sibuk berbicara soal vietnam dan mutiara ayahnya mampu melemparkan soalan berkaitan motosikal kami yang dalam guraunya dikata kami curi motosikal.Mungkin orang kaya hilang sifat humornya,tiada tahu batas berbicara bilamana di pejabat tiap perkataan menjadi anggukan pekerja bawahan,tiada membantah yang ada cuma menurut.

Manusia bila hilang rasa susah, pasti mendamba diri berada di tahap status lagi mulia dari manusia lain. Ana manusia khalifah Allah sama jua dengan antum. Asal dari tanah mengapa perlu untuk mendongak ke langit. Eloklah beamal resam padi lagi berat lagi tunduk lagi berjaya lagi menunduk.

No comments:

Post a Comment