bila "perang" bermula....

Kehidupan berkeluarga bukanlah suatu sisipan yang mampu menjamin kebahagiaan setiap pasangan. Tika bercinta,lafaz berganti lafaz, madah bersulam madah hampir kesemuanya pertualang untuk membina usrah mawaddah. Namun, dalam pergaulan suami isteri harus sentiasa dipegang, lidah lagi tergigit, batu lagi tersepak inikan kita manusia yang penuh dengan khilaf. Akhirnya, yang dipinta isteri perlu mengalah tetapi andai isteri belum pudar semangat juang untuk mengalah, adakah ini penamat kisah berkeluarga?Komunikasi merupakan intipati utama menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Ana buntu tatkala memikirkan kunci misteri tersirat dalam komunikasi ini. Di kala berusaha menulis entri ini, minda hanya berharap pada yang Esa dikurniakan ilham untuk memahami misteri berkomunikasi ini. Motivator sentiasa gah menganjur berbuat itu dan ini namun untuk merealisasikan teori kepada praktikaliti adalah suatu yang sulit dan subjektif. Akhirnya, selagi misteri berkomunikasi tidak diuntai, BERDIAM adalah lebih baik untuk konklusi entri ini

Kita serupa.....

Seringkali kita diuji dan diduga Allah s.w.t dengan musibah dan nikmat. Kita sentiasa lupa pencipta tatkala dilimpahi nikmat dan tangisan demi tangisan sentiasa berteman bilamana musibah menimpa diri. Bagi ana harapnya dijauhkan daripada segala musibah namun ana masih dalam delima kerana dengan musibah sahaja amal ana bertambah, bertahjud dengan kesanggupan tinggi dan berdoa sehingga mencurah-curah air mata. Semuanya betulangkan jalan mencari sinar yang mampu memberi kebahagiaan.


Kita manusia seringkali mendamba rasa mulia dari manusia sehingga meninggalkan darjat untuk menjadi mulia disisi All s.w.t. Maka itu, manusia seringkali menangis bila memikirkan aib mereka bakal diketahui orang, ego mereka bakal jatuh menyembah bumi dan hormat menjadi batu terpelanting ke muka sendiri. Apabila ditarik segala seri kebaikan ini, manusia baru tersentak memikirkan pencipta.

Ana jelik melihat sesetengan golongan berada bilamana berjumpa hanya membincangkan emas,intan,mutiara, UK, US dan sebagainya. Pinjaman Allah ini hanya sekadar masa menanti pergi. Mengapa perlu bermegah dengan perkara bukan milik mutlak kita. Ana pernah pergi ke sebuah rumah pengarah di suatu hospital terkemuka di Malaysia kerana anaknya bersekolah di sekolah yang sama ketita usia ana menjengah untuk menduduki UPSR. Melihat ibunya dan tetamu sibuk berbicara soal vietnam dan mutiara ayahnya mampu melemparkan soalan berkaitan motosikal kami yang dalam guraunya dikata kami curi motosikal.Mungkin orang kaya hilang sifat humornya,tiada tahu batas berbicara bilamana di pejabat tiap perkataan menjadi anggukan pekerja bawahan,tiada membantah yang ada cuma menurut.

Manusia bila hilang rasa susah, pasti mendamba diri berada di tahap status lagi mulia dari manusia lain. Ana manusia khalifah Allah sama jua dengan antum. Asal dari tanah mengapa perlu untuk mendongak ke langit. Eloklah beamal resam padi lagi berat lagi tunduk lagi berjaya lagi menunduk.

.....Doa senjata orang mukmin


Solat mencenggah kemungkaran, Doa senjata mukmin, Al mathurat pendinding syaitan adalah antara bait pesanan yang ana pasti ramai dalam kalangan kita terbiasa hadam dan dengar. Namun, berapa ramai dalam kalangan kita pada hari ini pernah merasa nikmat sebutan di atas. Misalnya, solat mencenggah kemungkaran....adakah antum pernah hampir berbuat mungkar namun akhirnya diselamatkan Allah. Contoh paling radikal ana ingin kongsi adalah meniru dalam peperiksaan namun kantoi dengan pengawas peperiksaan. Walaupun ending cerita berbaur ujian namun ini adalah antara kemungkaran yang mana Allah cuba menolong antum untuk tidak terjebak dengan dosa. Kalau difikirkan duniawi, ending situasi tadi mampu meranapkan masa depan sesiapa namun seandai kita berhidup untuk dunia dan akhirat insyaallah,itu sebenarnya rahmat pertolongan dan tanda sayang Allah terhadap hambanya.