...indahnya perkahwinan

Allhamdulillah, majlis walimah akhirnya berjalan lancar dengan izin Allah. Ana ingin berkongsi serba sedikit mengapa kita perlu kahwin awal dan elak couple. Tidak dinafikan, ana juga ber"couple" namun ana rasa bertuah dalam gundah kerana saat ber"couple" ana tidak pernah memegang tangan mahupun bersentuh kulit dengan pasangan. Tatkala lafaz dihembur dan menyusul kepada majlis batal wudu' masyaallah terketar-ketar tangan ana dan perasaan takut serta nikmat yang ana sendiri tidak tahu cara sesuai hendak di deskripsikan. Namun ana terfikir, mungkin nikmat itu lagi indah seandai perkenalan bersulamkan lillahitaala ini disatukan tanpa perkenalan yang lama kerana rindu pasti akan lebih memukau, perasaan debaran hati yang terdesak ingin berjumpa dengan pasangan akhirnya terlunas dek majlis walimah ini.


Allhamdulillah, bagi lelaki di luar sana yang tidak mampu menahan mata dari memandang salah satu keindahan dibuat untuk mata manusia iaitu wanita, perkahwinan merupakan tonik membuat jiwa lara jadi lega, bergelora jadi tenang dan gundah menjadi nikmat. Antum di luar sana bukan jahat kerana punyai imaginasi nakal dalam kepala sebab lelaki telah dijadikan sifatnya tertarik kepada keindahan dan wanita itu indah. Bagi ana insyaallah, seandai antum berjumpa seseorang, antum cuba dengan izin allah masuk meminang. Insyaallah segala perasaan berdosa antum sekian lama akan menjadi pemangkin antum untuk menjadi insan yang lebih baik. Tatkala bersama isteri, insyaallah pemikiran jahat  jadi kekuatan untuk antum berjuang di jalan islam

No comments:

Post a Comment