.....Bila Jodoh datang menjemput

Akad nikah ana bakal menyinggah dalam dua hari lagi. Di kesempatan masa yang ada, ana ingin berkongsi cabaran dan dugaan ana tempuhi di saat ana memilih untuk berkahwin pada saat usia meniti tahun ke-21 dikurniakan hidup di bumi. Allhamdulillah, segala jerit perih bekerja siang dan malam pada masa masih bergelar pelajar memang begitu hebat ujian jika dikenang kembali. Belum tentu ana akan lakukan ini lagi seandai ana disuruh di kemudian hari.

Ana berkesempatan dikurniakan Allah pemudah jalan kerana saat pernikahan ana ditetapkan, ana diizinkan allah mencari rezeki bagi menampung majlis ana. Saat itu, ana masih menjalani praktikal di sebuah company untuk 9 bulan. Di sandarkan semangat untuk menghalalkan apa yang haram, ana gigih daripada satu kedai kecil kepada kedai besar, daripada kerja ringan kepada kerja berat, semua ana try masuk in case dapat kerja 'part time'. Niat hanya sekadar untuk merealisasikan usaha mencari sesuap duit untuk menampung majlis ana.

Dengan izin Allah, ana diterima bekerja part time di sebuah restauran berdekatan sebuah pasaraya besar di Petaling Jaya. Di waktu ana telah memberitahu kedua orang tua untuk pulang bercuti sempena Chinese New Year akhirnya terpaksa dibatalkan kerana restauran tidak memberi pelepasan. Walaupun title ana part time tetapi Allhamdulillah dengan semangat dan kudrat kurniaan Allah, bila ana tengok slip gaji, masyaallah, gaji ana kadang kala melebihi daripada mereka yang bekerja 'full-time'. 



Mana tidaknya, ana bekerja dari 8.30 sehingga 5.45 petang di company praktikal kemudian lari ke restauran dan memulakan tugas pada pukul 6 petang sampai 12 tengah malam. Pada awal ana di terima bekerja, ana 'push diri ana untuk bekerja sehingga pukul 1.00 pagi. Namun selepas sebulan, limit badan ana terlampau exhausted, jadi ana kurangkan sejam dan memilih untuk menamatkan tugas ana di restauran tersebut pada pukul 12 tgh malam. Namun pada hujung minggu ana bekerja 'direct' di restauran tersebut seawal 8 pagi hingga 12 tengah malam. Kepenatan kerja di restauran tidak sama dengan Office. Allhamdulillah, gaji ana di restaurant sama dengan 'allowance' praktikal ana tambah dengan sponsor pengajian, ana mampu kumpul RM1500 hingga RM1600 untuk tiap-tiap bulan. Ana cabar antum di luar sana. Kalah hendak seribu daya dan pegang pada janji Allah. Rezeki ada di mana-mana.

Ana asalnya daripada keluarga yang tidak kaya dan tidak pula miskin. Di waktu ana belajar di Universiti terkemuka, mendapat sponsor pengajian daripada syarikat terkemuka, dan bakal berjelar sarjana muda pengajian ICT, di restauran itu ana dikerah untuk mencuci tandas yang kotor,najis yang ditinggalkan customer, membuang berguni-guni sampah yang berat, mencuci lantai. Itulah rutin kerja ana si restauran. Sedih tiap kali mengenangkan kesemua itu walhal ana bakal bergelar graduan sarjana muda kelak. Namun, memikirkan seandai ana tidak melakukan apa yang disuruh, orang lain pasti akan dikerah. Mengapa ana perlu menyusahkan orang lain. Walaupun mereka tiada ijazah dan sebagainya, mereka tetap manusia. Sebagaimana ana letih dan jijik melihat najis, sama jua dengan mereka. Betapa banyak ana menangis di saat membersihkan tandas,lantai dan buang sampah. Saat itu, mengharapkan Allah datang memberi pertolongan kepada ana. Ya Allah, aku memang banyak berbuat dosa kepada-Mu, aku memilih untuk membetulkan apa yang salah, Engkau permudahkanlah segala urusanku dan tabahkanlah hati ini dalam menjalani ujian hidup-Mu.

Mungkin Allah ingin menguji ana sebab cita-cita ana ingin menjadi ahli politik. Mungkin Allah ingin memberi 'peluang' kepada ana untuk merasai kesusahan orang miskin, ibu tunggal, anak terbiar mencari rezeki, dan juga memberi 'peluang' kepada ana untuk melihat mengapa ramai daripada remaja hari ini tidak solat dan terlampau tiada batas sosial mereka. Ramai yang tidak sembahyang jumaat, ramai yang tidak puasa, ramai yang tidak tahu solat bahkan ada yang dengki kalau ana solat. Terdetik dalam perasaan ana, kefakiran akan membuat manusia lagi jahil dan adakah pemimpin zalim yang tidak berusaha membela nasib mereka ini akan mendapat dosa. Ana berazam, kelak seandai ana mampu menjadi pimpinan negara, isu kemiskinan akan menjadi wadah perjuangan ana. Ana ingin kayakan hati mereka dengan ibadah dan mengurangkan beban ditanggung mereka akibat kenaikan harga barang dan sebagainya.

Sekadar itu perkongsian kerana ana ingin teruskan pembacaan sebab nun Jumaat malam ana akan di 'interview' oleh imam mengenai soalan-soalan berkaitan agama. Harap semua berjalan lancar hingga ke akhir dan moga-moga ujian ana akan mendapat kesudahan terbaik daripada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Insyaallah harapnya semua berjalan lancar

No comments:

Post a Comment