.....Bila insan mula keliru
Manusia tidak terlepas daripada bermacam dugaan serta ujian Allah. Seingat ana Qallaallahuataala fi kitabilaziz mafhumnya tidak akan beriman seseorang selagi tidak diuji. Ujian yang seandai diturunkankan buat insan yang lemah iman mampu menukar mereka menjadi seseorang yang tidak waras. Insan yang sederhana iman mula mencari buku islamik untuk menyedapkan hati tetapi bagi insan yang tinggi imannya, mereka akan menyukuri kerana Allah masih sayangkannya.
Ana tergolong dalam salah satu level iman yang mana ana sendiri tidak tahu taubat ana ini disandarkan kerana takut akan hukuman dunia atau kerana takut akan siksaan-Nya di akhirat kelak. Seandai diberikan kesempatan untuk beroleh kesudahan Happy Ending dalam ujian Allah ini, ana risau perubahan ana ini hanya bersandarkan kepada sampan dihempas ombak.
No comments:
Post a Comment