Allhamdulillah, majlis walimah akhirnya berjalan lancar dengan izin Allah. Ana ingin berkongsi serba sedikit mengapa kita perlu kahwin awal dan elak couple. Tidak dinafikan, ana juga ber"couple" namun ana rasa bertuah dalam gundah kerana saat ber"couple" ana tidak pernah memegang tangan mahupun bersentuh kulit dengan pasangan. Tatkala lafaz dihembur dan menyusul kepada majlis batal wudu' masyaallah terketar-ketar tangan ana dan perasaan takut serta nikmat yang ana sendiri tidak tahu cara sesuai hendak di deskripsikan. Namun ana terfikir, mungkin nikmat itu lagi indah seandai perkenalan bersulamkan lillahitaala ini disatukan tanpa perkenalan yang lama kerana rindu pasti akan lebih memukau, perasaan debaran hati yang terdesak ingin berjumpa dengan pasangan akhirnya terlunas dek majlis walimah ini.
Allhamdulillah, bagi lelaki di luar sana yang tidak mampu menahan mata dari memandang salah satu keindahan dibuat untuk mata manusia iaitu wanita, perkahwinan merupakan tonik membuat jiwa lara jadi lega, bergelora jadi tenang dan gundah menjadi nikmat. Antum di luar sana bukan jahat kerana punyai imaginasi nakal dalam kepala sebab lelaki telah dijadikan sifatnya tertarik kepada keindahan dan wanita itu indah. Bagi ana insyaallah, seandai antum berjumpa seseorang, antum cuba dengan izin allah masuk meminang. Insyaallah segala perasaan berdosa antum sekian lama akan menjadi pemangkin antum untuk menjadi insan yang lebih baik. Tatkala bersama isteri, insyaallah pemikiran jahat jadi kekuatan untuk antum berjuang di jalan islam
....Ya Allah, Perancangan engkau adalah yang terbaik
Setiap dugaan pasti membuat hati tidak keruan,terasa diri insan malang di dunia,disisih pencipta,insan berdosa yang mana akhirnya kita berputus asa daripada pertolongan Allah. Ana di zaman ujian datang menjengah, pernah terasa berputus harap kerana setiap perancangan untuk mengubah yang keruh menjadi jernih seakan bertambah perih. Siri ujian alhamdulillah masih membuat ana terus merasa nikmat iman dan islam. Diri yang dulu masyaallah pernah terfikir untuk bunuh diri melepaskan segala ujian Allah namun syukur kepada pencipta dikurniakan taufik untuk ana terus mengharungi cabaran dan alhamdulillah dengan hidayah untuk terus mantap berpegang dengan tali dan janji Allah. Betapa risau dan runsing menguasai diri, Ya Allah, Cukuplah Bagiku Allah, Allah jua tempat yang terbaik aku menyerahkan segala urusan.
Ana tetap yakin, pertolongan Allah pasti datang dan sesunggunya kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik. Ya Allah aku yakin doa itu senjata orang mukmin dan aku tidak akan putus berharap kepadaMu kerana aku yakin akan penciptaku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

.....Bila Jodoh datang menjemput
Akad nikah ana bakal menyinggah dalam dua hari lagi. Di kesempatan masa yang ada, ana ingin berkongsi cabaran dan dugaan ana tempuhi di saat ana memilih untuk berkahwin pada saat usia meniti tahun ke-21 dikurniakan hidup di bumi. Allhamdulillah, segala jerit perih bekerja siang dan malam pada masa masih bergelar pelajar memang begitu hebat ujian jika dikenang kembali. Belum tentu ana akan lakukan ini lagi seandai ana disuruh di kemudian hari.
Ana berkesempatan dikurniakan Allah pemudah jalan kerana saat pernikahan ana ditetapkan, ana diizinkan allah mencari rezeki bagi menampung majlis ana. Saat itu, ana masih menjalani praktikal di sebuah company untuk 9 bulan. Di sandarkan semangat untuk menghalalkan apa yang haram, ana gigih daripada satu kedai kecil kepada kedai besar, daripada kerja ringan kepada kerja berat, semua ana try masuk in case dapat kerja 'part time'. Niat hanya sekadar untuk merealisasikan usaha mencari sesuap duit untuk menampung majlis ana.
Dengan izin Allah, ana diterima bekerja part time di sebuah restauran berdekatan sebuah pasaraya besar di Petaling Jaya. Di waktu ana telah memberitahu kedua orang tua untuk pulang bercuti sempena Chinese New Year akhirnya terpaksa dibatalkan kerana restauran tidak memberi pelepasan. Walaupun title ana part time tetapi Allhamdulillah dengan semangat dan kudrat kurniaan Allah, bila ana tengok slip gaji, masyaallah, gaji ana kadang kala melebihi daripada mereka yang bekerja 'full-time'.
Mana tidaknya, ana bekerja dari 8.30 sehingga 5.45 petang di company praktikal kemudian lari ke restauran dan memulakan tugas pada pukul 6 petang sampai 12 tengah malam. Pada awal ana di terima bekerja, ana 'push diri ana untuk bekerja sehingga pukul 1.00 pagi. Namun selepas sebulan, limit badan ana terlampau exhausted, jadi ana kurangkan sejam dan memilih untuk menamatkan tugas ana di restauran tersebut pada pukul 12 tgh malam. Namun pada hujung minggu ana bekerja 'direct' di restauran tersebut seawal 8 pagi hingga 12 tengah malam. Kepenatan kerja di restauran tidak sama dengan Office. Allhamdulillah, gaji ana di restaurant sama dengan 'allowance' praktikal ana tambah dengan sponsor pengajian, ana mampu kumpul RM1500 hingga RM1600 untuk tiap-tiap bulan. Ana cabar antum di luar sana. Kalah hendak seribu daya dan pegang pada janji Allah. Rezeki ada di mana-mana.
Ana asalnya daripada keluarga yang tidak kaya dan tidak pula miskin. Di waktu ana belajar di Universiti terkemuka, mendapat sponsor pengajian daripada syarikat terkemuka, dan bakal berjelar sarjana muda pengajian ICT, di restauran itu ana dikerah untuk mencuci tandas yang kotor,najis yang ditinggalkan customer, membuang berguni-guni sampah yang berat, mencuci lantai. Itulah rutin kerja ana si restauran. Sedih tiap kali mengenangkan kesemua itu walhal ana bakal bergelar graduan sarjana muda kelak. Namun, memikirkan seandai ana tidak melakukan apa yang disuruh, orang lain pasti akan dikerah. Mengapa ana perlu menyusahkan orang lain. Walaupun mereka tiada ijazah dan sebagainya, mereka tetap manusia. Sebagaimana ana letih dan jijik melihat najis, sama jua dengan mereka. Betapa banyak ana menangis di saat membersihkan tandas,lantai dan buang sampah. Saat itu, mengharapkan Allah datang memberi pertolongan kepada ana. Ya Allah, aku memang banyak berbuat dosa kepada-Mu, aku memilih untuk membetulkan apa yang salah, Engkau permudahkanlah segala urusanku dan tabahkanlah hati ini dalam menjalani ujian hidup-Mu.
Mungkin Allah ingin menguji ana sebab cita-cita ana ingin menjadi ahli politik. Mungkin Allah ingin memberi 'peluang' kepada ana untuk merasai kesusahan orang miskin, ibu tunggal, anak terbiar mencari rezeki, dan juga memberi 'peluang' kepada ana untuk melihat mengapa ramai daripada remaja hari ini tidak solat dan terlampau tiada batas sosial mereka. Ramai yang tidak sembahyang jumaat, ramai yang tidak puasa, ramai yang tidak tahu solat bahkan ada yang dengki kalau ana solat. Terdetik dalam perasaan ana, kefakiran akan membuat manusia lagi jahil dan adakah pemimpin zalim yang tidak berusaha membela nasib mereka ini akan mendapat dosa. Ana berazam, kelak seandai ana mampu menjadi pimpinan negara, isu kemiskinan akan menjadi wadah perjuangan ana. Ana ingin kayakan hati mereka dengan ibadah dan mengurangkan beban ditanggung mereka akibat kenaikan harga barang dan sebagainya.
Sekadar itu perkongsian kerana ana ingin teruskan pembacaan sebab nun Jumaat malam ana akan di 'interview' oleh imam mengenai soalan-soalan berkaitan agama. Harap semua berjalan lancar hingga ke akhir dan moga-moga ujian ana akan mendapat kesudahan terbaik daripada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Insyaallah harapnya semua berjalan lancar

...Erti berhidup
Apabila kita ashik termenung memikirkan nasib diri sendiri,
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronakkan dan kegembiraan,
Namun kita masih tidak sedar tentang hakikat,
Erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.....

Salam dari Allah
10 perkara yang perlu diamalkan untuk meraih kebahagiaan :
1. Bangun diwaktu sahur untuk beristighfar
" Dan orang -orang yang beristghfar pada waktu sahur..." ( Ali-Imran: 17)
2. Menyendiri untuk bertafakkur..
" Dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi..." ( Ali- Imran:191)
3. Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.
" Dan jadikanlah diri mu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang beribadah pada Tuhan mereka." ( Al- Kahfi: 28)
4. Berzikir
" Wahai orang-orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah), ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya." (Al- Mukminun :2)
5. Solat dua rakaat dengan khusyuk.
" Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." ( Al Mukminun :2)
6. Membaca Al- Quran dengan penuh penghayatan.
" Patutkan mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al- Quran?" ( An- Nisa : 82)
7. Berpuasa pada hari yang sangat panas.
" Meninggalkan makanan dan minuman dan syahwatnya kerana Aku " ( Hadith Nabi).
8. Bersedekah secara sembunyi-sembunyi.
" Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya."( Hadith Nabi)
9. Meringankan beban orang Islam.
" Sesiapa yang meringankan beban kesusahan yang di alami oleh orang Islan di dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahaan di akhirat."( Hadith Nabi).
10. Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana.
" Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan dan lebih kekal." (Al- A'la: 17)
Rujukan :
La Tahzan
Read more: http://cikgurabiah.blogspot.com

.....Bila insan mula keliru
Manusia tidak terlepas daripada bermacam dugaan serta ujian Allah. Seingat ana Qallaallahuataala fi kitabilaziz mafhumnya tidak akan beriman seseorang selagi tidak diuji. Ujian yang seandai diturunkankan buat insan yang lemah iman mampu menukar mereka menjadi seseorang yang tidak waras. Insan yang sederhana iman mula mencari buku islamik untuk menyedapkan hati tetapi bagi insan yang tinggi imannya, mereka akan menyukuri kerana Allah masih sayangkannya.

Ana tergolong dalam salah satu level iman yang mana ana sendiri tidak tahu taubat ana ini disandarkan kerana takut akan hukuman dunia atau kerana takut akan siksaan-Nya di akhirat kelak. Seandai diberikan kesempatan untuk beroleh kesudahan Happy Ending dalam ujian Allah ini, ana risau perubahan ana ini hanya bersandarkan kepada sampan dihempas ombak.

Kelebihan Al Mathurat
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Subscribe to:
Posts (Atom)