Solat Jemaah...prove

"Pada hari apabila betis disingkap, dan mereka diseru untuk bersujud. tetapi mereka tidak boleh. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera" (AI-Qalarn: 42-43).

Said bin Musayyib rahimahullah mengulas: "Dulunya mereka mendengar (Hayya "Alas Solah, Hayya Alal Falah - Marilah bersolat, marilah menuju kejayaan) akan tetapi mereka tidak menyahutnya sedangkan mereka sihat tubuh badan." 



Ka'ab AI-Ahbar berkata: "Demi Allah! Ayat ini tidak sekali-kali diturunkan melainkan ditujukan kepada orang yang memalingkan diri meninggalkan solat berjemaah".

Marhaban Ya MUHARAM.....


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

bila "perang" bermula....

Kehidupan berkeluarga bukanlah suatu sisipan yang mampu menjamin kebahagiaan setiap pasangan. Tika bercinta,lafaz berganti lafaz, madah bersulam madah hampir kesemuanya pertualang untuk membina usrah mawaddah. Namun, dalam pergaulan suami isteri harus sentiasa dipegang, lidah lagi tergigit, batu lagi tersepak inikan kita manusia yang penuh dengan khilaf. Akhirnya, yang dipinta isteri perlu mengalah tetapi andai isteri belum pudar semangat juang untuk mengalah, adakah ini penamat kisah berkeluarga?Komunikasi merupakan intipati utama menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Ana buntu tatkala memikirkan kunci misteri tersirat dalam komunikasi ini. Di kala berusaha menulis entri ini, minda hanya berharap pada yang Esa dikurniakan ilham untuk memahami misteri berkomunikasi ini. Motivator sentiasa gah menganjur berbuat itu dan ini namun untuk merealisasikan teori kepada praktikaliti adalah suatu yang sulit dan subjektif. Akhirnya, selagi misteri berkomunikasi tidak diuntai, BERDIAM adalah lebih baik untuk konklusi entri ini

Kita serupa.....

Seringkali kita diuji dan diduga Allah s.w.t dengan musibah dan nikmat. Kita sentiasa lupa pencipta tatkala dilimpahi nikmat dan tangisan demi tangisan sentiasa berteman bilamana musibah menimpa diri. Bagi ana harapnya dijauhkan daripada segala musibah namun ana masih dalam delima kerana dengan musibah sahaja amal ana bertambah, bertahjud dengan kesanggupan tinggi dan berdoa sehingga mencurah-curah air mata. Semuanya betulangkan jalan mencari sinar yang mampu memberi kebahagiaan.


Kita manusia seringkali mendamba rasa mulia dari manusia sehingga meninggalkan darjat untuk menjadi mulia disisi All s.w.t. Maka itu, manusia seringkali menangis bila memikirkan aib mereka bakal diketahui orang, ego mereka bakal jatuh menyembah bumi dan hormat menjadi batu terpelanting ke muka sendiri. Apabila ditarik segala seri kebaikan ini, manusia baru tersentak memikirkan pencipta.

Ana jelik melihat sesetengan golongan berada bilamana berjumpa hanya membincangkan emas,intan,mutiara, UK, US dan sebagainya. Pinjaman Allah ini hanya sekadar masa menanti pergi. Mengapa perlu bermegah dengan perkara bukan milik mutlak kita. Ana pernah pergi ke sebuah rumah pengarah di suatu hospital terkemuka di Malaysia kerana anaknya bersekolah di sekolah yang sama ketita usia ana menjengah untuk menduduki UPSR. Melihat ibunya dan tetamu sibuk berbicara soal vietnam dan mutiara ayahnya mampu melemparkan soalan berkaitan motosikal kami yang dalam guraunya dikata kami curi motosikal.Mungkin orang kaya hilang sifat humornya,tiada tahu batas berbicara bilamana di pejabat tiap perkataan menjadi anggukan pekerja bawahan,tiada membantah yang ada cuma menurut.

Manusia bila hilang rasa susah, pasti mendamba diri berada di tahap status lagi mulia dari manusia lain. Ana manusia khalifah Allah sama jua dengan antum. Asal dari tanah mengapa perlu untuk mendongak ke langit. Eloklah beamal resam padi lagi berat lagi tunduk lagi berjaya lagi menunduk.

.....Doa senjata orang mukmin


Solat mencenggah kemungkaran, Doa senjata mukmin, Al mathurat pendinding syaitan adalah antara bait pesanan yang ana pasti ramai dalam kalangan kita terbiasa hadam dan dengar. Namun, berapa ramai dalam kalangan kita pada hari ini pernah merasa nikmat sebutan di atas. Misalnya, solat mencenggah kemungkaran....adakah antum pernah hampir berbuat mungkar namun akhirnya diselamatkan Allah. Contoh paling radikal ana ingin kongsi adalah meniru dalam peperiksaan namun kantoi dengan pengawas peperiksaan. Walaupun ending cerita berbaur ujian namun ini adalah antara kemungkaran yang mana Allah cuba menolong antum untuk tidak terjebak dengan dosa. Kalau difikirkan duniawi, ending situasi tadi mampu meranapkan masa depan sesiapa namun seandai kita berhidup untuk dunia dan akhirat insyaallah,itu sebenarnya rahmat pertolongan dan tanda sayang Allah terhadap hambanya. 

...indahnya perkahwinan

Allhamdulillah, majlis walimah akhirnya berjalan lancar dengan izin Allah. Ana ingin berkongsi serba sedikit mengapa kita perlu kahwin awal dan elak couple. Tidak dinafikan, ana juga ber"couple" namun ana rasa bertuah dalam gundah kerana saat ber"couple" ana tidak pernah memegang tangan mahupun bersentuh kulit dengan pasangan. Tatkala lafaz dihembur dan menyusul kepada majlis batal wudu' masyaallah terketar-ketar tangan ana dan perasaan takut serta nikmat yang ana sendiri tidak tahu cara sesuai hendak di deskripsikan. Namun ana terfikir, mungkin nikmat itu lagi indah seandai perkenalan bersulamkan lillahitaala ini disatukan tanpa perkenalan yang lama kerana rindu pasti akan lebih memukau, perasaan debaran hati yang terdesak ingin berjumpa dengan pasangan akhirnya terlunas dek majlis walimah ini.


Allhamdulillah, bagi lelaki di luar sana yang tidak mampu menahan mata dari memandang salah satu keindahan dibuat untuk mata manusia iaitu wanita, perkahwinan merupakan tonik membuat jiwa lara jadi lega, bergelora jadi tenang dan gundah menjadi nikmat. Antum di luar sana bukan jahat kerana punyai imaginasi nakal dalam kepala sebab lelaki telah dijadikan sifatnya tertarik kepada keindahan dan wanita itu indah. Bagi ana insyaallah, seandai antum berjumpa seseorang, antum cuba dengan izin allah masuk meminang. Insyaallah segala perasaan berdosa antum sekian lama akan menjadi pemangkin antum untuk menjadi insan yang lebih baik. Tatkala bersama isteri, insyaallah pemikiran jahat  jadi kekuatan untuk antum berjuang di jalan islam

....Ya Allah, Perancangan engkau adalah yang terbaik

Setiap dugaan pasti membuat hati tidak keruan,terasa diri insan malang di dunia,disisih pencipta,insan berdosa yang mana akhirnya kita berputus asa daripada pertolongan Allah. Ana di zaman ujian datang menjengah, pernah terasa berputus harap kerana setiap perancangan untuk mengubah yang keruh menjadi jernih seakan bertambah perih. Siri ujian alhamdulillah masih membuat ana terus merasa nikmat iman dan islam. Diri yang dulu masyaallah pernah terfikir untuk bunuh diri melepaskan segala ujian Allah namun syukur kepada pencipta dikurniakan taufik untuk ana terus mengharungi cabaran dan alhamdulillah dengan hidayah untuk terus mantap berpegang dengan tali dan janji Allah. Betapa risau dan runsing menguasai diri, Ya Allah, Cukuplah Bagiku Allah, Allah jua tempat yang terbaik aku menyerahkan segala urusan.

Ana tetap yakin, pertolongan Allah pasti datang dan sesunggunya kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik. Ya Allah aku yakin doa itu senjata orang mukmin dan aku tidak akan putus berharap kepadaMu kerana aku yakin akan penciptaku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang